Assalamualaikum & Selamat Datang kepada para pengunjung. Kunjungan anda amat dialu-alukan. Moga melangkah pergi dengan sedikit perkongsian ilmu bersama.

05 June 2011

Cara Untuk Uninstall Ubuntu Dalam Dual Boot Bersama Windows 7

1. Boot windows, kemudian klik butang kanan tetikus untuk buka computer management seperti yang ditunjukkan di bawah.


2. Masukkan CD Windows 7 ke dalam pemacu. Kemudian restart komputer.
3. Sekarang anda perlu membaiki kembali MasterBootRecord (MBR), barulah Windows 7 anda akan boleh diboot. Tekan mana-mana kekunci pada papan kekunci untuk boot CD selepas baris ayat seperti di bawah terpapar.



4. Pilih Repair your computer.


5. Pilih Use Recovery Tools. Tekan Next.


6. Pilih Command Prompt.


Apabila dibuka, Command Prompt akan kelihatan seperti ini :


7. Mula-mula, ketahui dulu drive letter CDROM anda tu yer. Begini caranya :
code :
  taip diskpart
  tekan enter

  taip select disk 0
  tekan enter

  taip list volume 
  tekan enter
 Dalam skrin ini, drive letter untuk CDROM adalah G.


8. Pastu, gunakan code nie plop :
code :
  taip exit
  tekan enter

  tu untuk keluar daripada Diskpart. Pastu,

  taip G: (ikut pada drive letter yang anda punye tadi ok)
  tekan enter

  taip cd boot
  tekan enter

  taip dir
  tekan enter

Makhluk-makhluk nie akan terpapar :


9. Kemudian, taip code nie :
code :
  taip bootsect /nt60 SYS /mbr
  tekan enter

Jika anda telah berjaya, visual ini akan dipaparkan...


10. Bila dah berjaya, taip nie untuk keluar :
  taip exit
  tekan enter

11.  Sekarang, pilih sama ada Shutdown atau Restart. Selesai, selamat mencuba (^ ^'). Lepas ni kalau tak boleh boot windows tu, jangan la diformatkan terus. Sayang pulak barang-barang kat dekstop tu, fix dulu MBR ok. (^ *) v

Cara Untuk Reset Kata Laluan Ubuntu

1. Boot Ubuntu (recovery mode) seperti yang ditunjukkan di atas.

 2. Kemudian pada bahagian Recovery Menu, pilih root
     (paling bawah dalam senarai).


3. Terminal akan terpapar di bahagian bawah skrin. Anda hanya perlu memasukkan
     arahan yang ringkas, iaitu :
ls /home
> enter
passwd albinadak
> enter
 (albinadak adalah username akaun ubuntu saya. ini adalah bergantung kepada username akaun anda sendiri)
(pastikan anda memasukkan username dengan betul)



4. Seterusnya, masukkan kata laluan yang baru dan pengesahannya. Harus diingat,
     ketika menaip kata laluan, tiada sebarang perkataan yang akan dipaparkan,
     tetapi sistem membaca setiap huruf yang anda masukkan. Ianya bertindak
     disebalik tabir.


5. Sekiranya anda melaksanakan setiap arahan di atas dengan betul, paparan ini
    akan dipaparkan. Kemudian taip :
 exit


6. Akhir sekali, pilih resume. Anda telah selesai. Selamat mencuba...  ^ ^'

08 May 2011

Buatmu Yang Tersayang

Hanya padamu
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir mengharapkanmu...

Hanya padamu
Dan jiwaku padamu
Wahai kekasihku usia kita
Usiaku seluruh hidupku untukmu...

Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar-benar cinta
Hatiku di sini
Keindahanmu milikku jadi bersatu...

Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa setia
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini & bersama
Airmataku mengalir keranamu...

Engkaulah kekasih
Diriku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku
Kerna matamu
Aku serahkan segalanya...

Apa yang daku harapkan
Indahnya kau di sisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku
Diri ini
Sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini, bersama hati & perasaanmu...~Ieda


AlbiNadak...




Rangka tulang lelaki gay 5,000 tahun ditemui

          PRAGUE, Republik Czech - Rangka tulang manusia yang berusia 5,000 tahun dipercayai lelaki gay ditemui di sana. Menurut beberapa ahli arkeologi, cara pengebumian lelaki itu dilakukan menunjukkan dia mempunyai kecenderungan seks yang tidak normal.
          Tengkorak lelaki itu dikelilingi beberapa buah jag yang pada kebiasaannya dikebumikan bersama mayat wanita. Pada kebiasaan pengebumian lelaki Zaman Batu, dia sepatutnya dikebumikan bersama senjata, penukul , dan pisau. Ketika itu, mayat wanita akan ditanam dengan kepala menghadap ke arah Timur manakala lelaki ke arah Barat.


          Manusia Zaman Batu hidup antara 2,900 hingga 2,500 Sebelum Masihi. Semasa ditemui, tengkorak itu menghadap ke arah Timur. Ahli-ahli Arkeologi menolak lelaki itu dikebumikan secara silap kerana kepalanya menghadap ke arah Timur yang sepatutnya dikhususkan untuk mayat wanita.
          "Berdasarkan  sejarah dan etnologim, kami mengetahui bahawa manusia dari zaman itu melakukan upacara pengkebumian secara serius. Justeru, adalah sesuatu yang sukar untuk dikatakan bahawa posisi lelaki itu diletakkan dalam keadaan yang silap." kata ketua penyelidik, Kamila Remisova Vesinova.

Ujian kerusi anjal ke atas jet pejuang milik Tentera Udara Britain, F-35

          SAMLESBURY, Para jurutera di syarikat produk pertahanan BAE Systems di Britain membuat ujuan kerusi anjal untuk juruterbang keluar daripada jet pejuang F-35 semasa kecemasan.
          Ujian itu disiarkan dalam satu klip video yang menunjukkan kerusi ditolak keluar dari sebuah jet pada kelajuan 965km/j. Sistem kerusi anjal itu kini disahkan selamat untuk penerbangan dan ia akan dipasang pada jet pejuang yang ditempah oleh tentera Britin dan Amerika Syarikat.
          Pengurus Ujian BAE Systems, Rick Whittaker berkata : "Keluar daripada sebuah pesawat seperti F-35 mengambil masa kurang daripada 3 saat bermula dari pemegang kerusi anjal ditarik sehingga payung terjun juruterbang dibuka".


Tampak gah

Pandangan dimensi F-35







 
Proses anjalan pada kelajuan 600 km/j

04 May 2011

Apa sudah jadi dengan Malaysia? Sedihnya.

          Lafaznya kalimah "laa ilaha illallah", tetapi menghalalkan darah sesama Islam. Walaupun bukan sesama bangsa, tapi mereka tetap saudara seagama kita. Sanggup kau mengeluarkan kenyataan "dunia akan lebih selamat dan aman dengan kematian pemimpin al-Qaeda itu." Ape dia buat kat ko sampai kate gtu? jg hati Amerika ke?? yg terang-terang pengganas. dop padan ngan beruban...

          Amerika Syarikat yang melancarkan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq sebelum ini untuk mencari senjata pemusnah yang tidak dijumpai sehingga ke hari ini. ~ Kau buat derkk... Keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam KEGANASAN sudah TERBUKTI ~ pun kau diam. Masakan kau tidak tahu mereka tu BAPA KAKI PUTAR BELIT untuk menjatuhkan umat Islam. Apa erti pembunuhan kejam Rejim Zionis dan Amerika kepada ratusan ribu siibu yang mendukung anak kecil, sikecil yang  terpaksa bekerja untuk mengalas perut, dan sibapa yang menjaga ternakan kepada kamu? Adakah mereka inilah yang kamu katakan PENGGANAS?? Apa pula kedudukan silaknatullah itu di mata kamu semua?? Adakah itu yang kamu maksudkan POLIS ANTARABANGSA? Apakah itu yang kamu gelar SI PENEGAK KEADILAN?? Kamu fikir, adakah tenang jiwa-jiwa yang menjadi arah panduan terhadap puluhan ribu roket  helikopter Amerika yang ditakuti, Apache? Mangsa kepada ratusan ribu bedilan kereta kebal Zionis yang gah, Merkava? Juga anak-anak kecil yang berada di sekolah yang menjadi mangsa kepada bom fosforus yang dilepaskan oleh jet pengebom B2?? Disini hanya hanya bagaikan 3/1000 jenis senjata yang digunakan untuk membunuh umat Islam di Afghanistan & Palestin. 

          Si kecil yang tidak tahu akan apa itu keganasan kamu katakan pengganas sehinggakan  Zionislah yang memaksa mereka untuk memegang senjata rifle. Kamu fikir, adakah mereka mahu memegang senjata seakan itu sebagai pengganti kepada pensel di atas kalam mereka?. Si bapa yang memakai serban  & jubah kamu katakan pengganas. Juga, si ibu yang menyediakan sarapan pagi hanya 3 keping roti berulamkan air kosong   pun kamu katakan pengganas. Sebaliknya, mereka-mereka yang serba lengkap berpakaian komando dan alat pandang malam, berkereta besi sebagai barisan hadapan, dibantu artileri dan jet-jet pejuang, itu yang kamu tabik hormat.  hah.. Jangankan membela, lagi kau menghalalkan darah mereka yang seagama dengan kita. Kamu & kroni memang kejam. Apa sudah jadi.... Hm. Alangkah ruginya rakyat yang berada di bawah pemerintahanmu. Dayus..

Seumur hidup, tak pernah terlintas di fikiran untuk buat perkara ini. Tapi sekarang aku memang betul-betul rasa nak turun untuk PANGKAH. Tunggu PRU ke-13, itu akan menjadi undian aku yang pertama, dan seterusnya. ALLAHUAKHBAR!












Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang Islam yang mati syahid demi membela agama, tanah air, maruah, dan keluarga mereka (bukan mengeji mereka).
Al-fatihah...

28 March 2011

~New Decoration + Nightmare~

16 Mac 2011, Cuti sekolah tapi kite kerje. Masa sekolah cuti nielah pandai-pandai ambil kesempatan ntuk buat mane yang patut. Nie aku buat deco sikit tempat aku dalam Pusat Akses. Baru puas hati nengok. Berpeluh dibuatnye. Leka sangat mendeco, tengok jam dah pukul 6.10 petang. Dah sejam sepuluh minit waktu kerja berlalu, nah hambik ko, sekali pakGuard kunci gril pintu bangunan. Langsung tak bagi salam nak kunci. Memang ingat tido situ sorang-sorang dah. Nasib baik ada Mat Banggla yang kerja buat bangunan tempat aku, lintas depan tu. Terus die p ambik tangga panjang. Turunlah aku melalui tangga tu sambil dipegang oleh Mat Banggla tu. HAHA, da macam perompak pun aderk!. Hadoiii.....! tapi x sempat aku ambik gambar tangga tu tuk wat kenangan. hikhik... tak pernah dibuat oranglah turun camtu! Padan ngn muke aku, nak sangat overtime sorang-sorang...serik da....



 Nilah antara gambar-gambar MyDeCo-deCo yang diambil. klik! klik!