PRAGUE, Republik Czech - Rangka tulang manusia yang berusia 5,000 tahun dipercayai lelaki gay ditemui di sana. Menurut beberapa ahli arkeologi, cara pengebumian lelaki itu dilakukan menunjukkan dia mempunyai kecenderungan seks yang tidak normal.
Tengkorak lelaki itu dikelilingi beberapa buah jag yang pada kebiasaannya dikebumikan bersama mayat wanita. Pada kebiasaan pengebumian lelaki Zaman Batu, dia sepatutnya dikebumikan bersama senjata, penukul , dan pisau. Ketika itu, mayat wanita akan ditanam dengan kepala menghadap ke arah Timur manakala lelaki ke arah Barat.
Manusia Zaman Batu hidup antara 2,900 hingga 2,500 Sebelum Masihi. Semasa ditemui, tengkorak itu menghadap ke arah Timur. Ahli-ahli Arkeologi menolak lelaki itu dikebumikan secara silap kerana kepalanya menghadap ke arah Timur yang sepatutnya dikhususkan untuk mayat wanita.
"Berdasarkan sejarah dan etnologim, kami mengetahui bahawa manusia dari zaman itu melakukan upacara pengkebumian secara serius. Justeru, adalah sesuatu yang sukar untuk dikatakan bahawa posisi lelaki itu diletakkan dalam keadaan yang silap." kata ketua penyelidik, Kamila Remisova Vesinova.

No comments:
Post a Comment