Assalamualaikum & Selamat Datang kepada para pengunjung. Kunjungan anda amat dialu-alukan. Moga melangkah pergi dengan sedikit perkongsian ilmu bersama.

05 June 2011

Cara Untuk Uninstall Ubuntu Dalam Dual Boot Bersama Windows 7

1. Boot windows, kemudian klik butang kanan tetikus untuk buka computer management seperti yang ditunjukkan di bawah.


2. Masukkan CD Windows 7 ke dalam pemacu. Kemudian restart komputer.
3. Sekarang anda perlu membaiki kembali MasterBootRecord (MBR), barulah Windows 7 anda akan boleh diboot. Tekan mana-mana kekunci pada papan kekunci untuk boot CD selepas baris ayat seperti di bawah terpapar.



4. Pilih Repair your computer.


5. Pilih Use Recovery Tools. Tekan Next.


6. Pilih Command Prompt.


Apabila dibuka, Command Prompt akan kelihatan seperti ini :


7. Mula-mula, ketahui dulu drive letter CDROM anda tu yer. Begini caranya :
code :
  taip diskpart
  tekan enter

  taip select disk 0
  tekan enter

  taip list volume 
  tekan enter
 Dalam skrin ini, drive letter untuk CDROM adalah G.


8. Pastu, gunakan code nie plop :
code :
  taip exit
  tekan enter

  tu untuk keluar daripada Diskpart. Pastu,

  taip G: (ikut pada drive letter yang anda punye tadi ok)
  tekan enter

  taip cd boot
  tekan enter

  taip dir
  tekan enter

Makhluk-makhluk nie akan terpapar :


9. Kemudian, taip code nie :
code :
  taip bootsect /nt60 SYS /mbr
  tekan enter

Jika anda telah berjaya, visual ini akan dipaparkan...


10. Bila dah berjaya, taip nie untuk keluar :
  taip exit
  tekan enter

11.  Sekarang, pilih sama ada Shutdown atau Restart. Selesai, selamat mencuba (^ ^'). Lepas ni kalau tak boleh boot windows tu, jangan la diformatkan terus. Sayang pulak barang-barang kat dekstop tu, fix dulu MBR ok. (^ *) v

No comments:

Post a Comment