Assalamualaikum & Selamat Datang kepada para pengunjung. Kunjungan anda amat dialu-alukan. Moga melangkah pergi dengan sedikit perkongsian ilmu bersama.

02 January 2011

Hadiah Buat Guru

Cerita ini adalah rekaan semata-mata.

Datangnya seorang anak murid kepada gurunya di pagi hari bersempena sambutan Hari Guru dengan perasaan rendah diri dan malu. Seperti kebiasaannya yang dilakukan oleh anak-anak didik pada hari tersebut, iaitu untuk memberi hadiah kepada guru.

anak murid : "Cikgu, hanya ini yang dapat saya berikan kepada cikgu sebagai tanda terima kasih saya kepada cikgu kerana mendidik saya selama ini. Saya tidak mampu untuk memberikan hadiah seperti mana yang kawan-kawan saya berikan kepada cikgu kerana saya tidak mampu untuk membelinya. Hanya ulam-ulaman saja yang mampu saya berikan. Selamat Hari Guru."

Tersentak dengan perlakuan anak itu, secara tiba-tiba air mata mengalir membasahi pipi gebu guru tersebut setelah mendengar luahan hati anak didiknya, lalu pantas mendakap erat. Guru-guru yang berada di sekeliling turut mengalirkan air mata kerana tidak dapat menahan sebak.

Moralnya : Keikhlasan hati seseorang itu nilainya lebih tinggi & penuh bermakna berbanding dengan hadiah yang diterima.

AlbiNadak...

No comments:

Post a Comment