Lafaznya kalimah "laa ilaha illallah", tetapi menghalalkan darah sesama Islam. Walaupun bukan sesama bangsa, tapi mereka tetap saudara seagama kita. Sanggup kau mengeluarkan kenyataan "dunia akan lebih selamat dan aman dengan kematian pemimpin al-Qaeda itu." Ape dia buat kat ko sampai kate gtu? jg hati Amerika ke?? yg terang-terang pengganas. dop padan ngan beruban...
Amerika Syarikat yang melancarkan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq sebelum ini untuk mencari senjata pemusnah yang tidak dijumpai sehingga ke hari ini. ~ Kau buat derkk... Keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam KEGANASAN sudah TERBUKTI ~ pun kau diam. Masakan kau tidak tahu mereka tu BAPA KAKI PUTAR BELIT untuk menjatuhkan umat Islam. Apa erti pembunuhan kejam Rejim Zionis dan Amerika kepada ratusan ribu siibu yang mendukung anak kecil, sikecil yang terpaksa bekerja untuk mengalas perut, dan sibapa yang menjaga ternakan kepada kamu? Adakah mereka inilah yang kamu katakan PENGGANAS?? Apa pula kedudukan silaknatullah itu di mata kamu semua?? Adakah itu yang kamu maksudkan POLIS ANTARABANGSA? Apakah itu yang kamu gelar SI PENEGAK KEADILAN?? Kamu fikir, adakah tenang jiwa-jiwa yang menjadi arah panduan terhadap puluhan ribu roket helikopter Amerika yang ditakuti, Apache? Mangsa kepada ratusan ribu bedilan kereta kebal Zionis yang gah, Merkava? Juga anak-anak kecil yang berada di sekolah yang menjadi mangsa kepada bom fosforus yang dilepaskan oleh jet pengebom B2?? Disini hanya hanya bagaikan 3/1000 jenis senjata yang digunakan untuk membunuh umat Islam di Afghanistan & Palestin.
Si kecil yang tidak tahu akan apa itu keganasan kamu katakan pengganas sehinggakan Zionislah yang memaksa mereka untuk memegang senjata rifle. Kamu fikir, adakah mereka mahu memegang senjata seakan itu sebagai pengganti kepada pensel di atas kalam mereka?. Si bapa yang memakai serban & jubah kamu katakan pengganas. Juga, si ibu yang menyediakan sarapan pagi hanya 3 keping roti berulamkan air kosong pun kamu katakan pengganas. Sebaliknya, mereka-mereka yang serba lengkap berpakaian komando dan alat pandang malam, berkereta besi sebagai barisan hadapan, dibantu artileri dan jet-jet pejuang, itu yang kamu tabik hormat. hah.. Jangankan membela, lagi kau menghalalkan darah mereka yang seagama dengan kita. Kamu & kroni memang kejam. Apa sudah jadi.... Hm. Alangkah ruginya rakyat yang berada di bawah pemerintahanmu. Dayus..
Seumur hidup, tak pernah terlintas di fikiran untuk buat perkara ini. Tapi sekarang aku memang betul-betul rasa nak turun untuk PANGKAH. Tunggu PRU ke-13, itu akan menjadi undian aku yang pertama, dan seterusnya. ALLAHUAKHBAR!


alhamdulillah..teruskan perjuangan menentang kezaliman...
ReplyDeleteTerima kasih saudari Noor.
ReplyDeletetabik springg!!! Allahuakbar...bangganyerr kalau semua jiwa muda belia macam adik kita sorang ni
ReplyDeleteTerima kasih err,kak ana eh? mesti r sis sb da pggl 'adik'. Bukan ape kak ana, bilacuba letak jiwa kita di tempat mereka, memang boleh bayangkan macam mana menderitanya mereka. Bukan sehari dua, berkurun. Bayangkanlah. Kita ni rakyat Malaysia, kira antara rakyat negara yang bertuah sangat2 dah dibandingkan dengan rakyat jiran. Ni kan nak dibandingkan dengan hamba Allah di Palestin? AfghanistaN? Terlalu ketara bezanya. Negara aman, tapi 'orang atas' plk bermasalah. Hm, sayang. Tuhan banyak sangat dah lindung Malaysia ni. Takut jgk 1 hari nanti, Malaysia dh x seperti sekarang. Na'uzubillah...
ReplyDeletetuhan lindungi/elak sesuatu bala yg diturunkan atas sebab 3 golongan
ReplyDelete1. orang2 yg alim ulama yg tak putus2 bermunajat padanya, yakni orang lurus ikut panduan Al-Quran sunnah. 2. orang2 tua.. 3. kanak2 kecil..